Friday, August 27, 2010

Illuminati, Kristian, Yahudi, Freemason & Islam

Semalam saya ada terbaca satu blog tentang lady Gaga dan Illuminati nya. Kagum saya membaca si penulis boleh menerangkan satu persatu dengan panjang lebar tentang Illuminati yang diserap dalam lagu Lady Gaga ni. Atau mungkin bukan sahaja dalam lagu Cik Gaga kita ni. Mungkin kita tak perasan dalam lagu-lagu lain artis Barat. Mungkin niat si penulis ni murni untuk mengingatkan kita tentang Illuminati...mungkin Kristian atau Yahudi.

Tapi pernahkah kita terfikir sebelum kita mengakaji dalam-dalam tentang agama lain, bagaimana dengan ilmu agama kita sendiri iaitu agama Islam? Pernahkah kita mengkaji ilmu Islam sebelum kita mengkaji tentang Illuminati, Kristian, dan Yahudi? Nauzubillah...

Kalau kita rasa ilmu tentang Islam masih belum cukup di dada saya rasa, tak perlu untuk kita gali dalam-dalam tentang agama lain yang secara terang-terang menyesatkan. Takut-takut nanti hati kita yang terpesong. 

Dalam dunia sekarang saya rasa sudah terang-terangan agama menyesatkan ini menyebarkan ajarannya. Dalam apa jua bentuk. Malah banyak je filem-filem Barat tentang Illuminati, Kristian dan Yahudi...contohnya Angle and Demond, Inglarious Basterd (betul ke ejaan nye ni..??) dan banyak lagi la...Tapi kenapa kita masih menonton cerita-cerita mereka...??

Jadi, isu cik Gaga ni bukan isu yang besar pada saya. Malah saya juga tahu apa itu Illuminati, Kritian dan Yahudi. Tapi cukup sekadar pengetahuan supaya tidak terjebak. Pada saya tak perlu kita mengakaji dalam-dalam tentang agama ini sedangkan Islam pun kita masih lagi memandang enteng. Al-quran pun masih merangkak-rangkak lagi. Tak perlu kata kan Al-Quran, ada segelintir kita kisah 25 nabi pun tak pernah tahu.

Ini sekadar pandangan saya, sebelum kita mengkaji agama lain, kaji lah dulu kitab suci Al-Quran kita. Itu sebagai pendinding iman dan hati kita. Datang lah bagaimana bentuk unsur Illuminati, Kritian dan Yahudi sekali pun...Insyaallah kita takkan goyah.

Entry ni hanya sekadar renungan dan peringatan kepada diri sendiri dan juga anda. Kerana saya rasa diri ini masih belum cukup ilmu tentang Islam. Semoga Allah melindungi semua umat Islam di seluruh dunia. Wallahualam...




No comments:

Post a Comment