Friday, August 13, 2010

Burung yang Aneh

Ade sejenis burung di rumah aku ni, dia hanya akan berbunyi selepas pukul 6.30 pagi. Sebelum ni aku tak perasan pun. Mungkin sebab aku selalu bangun lambat kot. Tapi sejak semalam aku tak tidur selepas bersahur, dan baru aku perasan kehadiran burung ni. Dia mengeluarkan bunyi seperti satu irama. Seolah-olah sedang berkata sesuatu. Aku fikir dia hanya datang pagi semalam je. Tapi hari ni pun ada juga. Aku siap record kan bunyi burung tu masa aku dengar pertama kali. Sebab aku tak pernah degar bunyi burung macam tu.Tapi kalau aku upload kat sini pun tak boleh dengar sebab aku record guna handfon. Kalau nk dengar semula kena berada di tempat yang sunyi dan kene letak kan handfon tu betul-betul kat lubang telinga. Hehehe...
Tapi aku suka dengar bunyi burung ni. Macam nak kejutkan penghuni rumah ni bangun utuk solat subuh. Maha Besar Allah. Itulah ciptaan-Nya...
Dan aku tertanya-tanya adakah esok hari akan ada burung ni lagi..?? Hanya Allah sahaja yang mengetahui...

No comments:

Post a Comment