Friday, August 27, 2010

Illuminati, Kristian, Yahudi, Freemason & Islam

Semalam saya ada terbaca satu blog tentang lady Gaga dan Illuminati nya. Kagum saya membaca si penulis boleh menerangkan satu persatu dengan panjang lebar tentang Illuminati yang diserap dalam lagu Lady Gaga ni. Atau mungkin bukan sahaja dalam lagu Cik Gaga kita ni. Mungkin kita tak perasan dalam lagu-lagu lain artis Barat. Mungkin niat si penulis ni murni untuk mengingatkan kita tentang Illuminati...mungkin Kristian atau Yahudi.

Tapi pernahkah kita terfikir sebelum kita mengakaji dalam-dalam tentang agama lain, bagaimana dengan ilmu agama kita sendiri iaitu agama Islam? Pernahkah kita mengkaji ilmu Islam sebelum kita mengkaji tentang Illuminati, Kristian, dan Yahudi? Nauzubillah...

Kalau kita rasa ilmu tentang Islam masih belum cukup di dada saya rasa, tak perlu untuk kita gali dalam-dalam tentang agama lain yang secara terang-terang menyesatkan. Takut-takut nanti hati kita yang terpesong. 

Dalam dunia sekarang saya rasa sudah terang-terangan agama menyesatkan ini menyebarkan ajarannya. Dalam apa jua bentuk. Malah banyak je filem-filem Barat tentang Illuminati, Kristian dan Yahudi...contohnya Angle and Demond, Inglarious Basterd (betul ke ejaan nye ni..??) dan banyak lagi la...Tapi kenapa kita masih menonton cerita-cerita mereka...??

Jadi, isu cik Gaga ni bukan isu yang besar pada saya. Malah saya juga tahu apa itu Illuminati, Kritian dan Yahudi. Tapi cukup sekadar pengetahuan supaya tidak terjebak. Pada saya tak perlu kita mengakaji dalam-dalam tentang agama ini sedangkan Islam pun kita masih lagi memandang enteng. Al-quran pun masih merangkak-rangkak lagi. Tak perlu kata kan Al-Quran, ada segelintir kita kisah 25 nabi pun tak pernah tahu.

Ini sekadar pandangan saya, sebelum kita mengkaji agama lain, kaji lah dulu kitab suci Al-Quran kita. Itu sebagai pendinding iman dan hati kita. Datang lah bagaimana bentuk unsur Illuminati, Kritian dan Yahudi sekali pun...Insyaallah kita takkan goyah.

Entry ni hanya sekadar renungan dan peringatan kepada diri sendiri dan juga anda. Kerana saya rasa diri ini masih belum cukup ilmu tentang Islam. Semoga Allah melindungi semua umat Islam di seluruh dunia. Wallahualam...




Thursday, August 26, 2010

25 August 2010

Ya Allah 
Aku bersumpah atas nama kitab-Mu
kalau kebahagiaan yang kau berikan ini hanyalah sementara...aku lebih rela seumur hidupku berada dalam kesedihan.
Jangan Kau kurniakan aku kebahagian
andai Kau merancang untuk mengambilnya kembali

Ya Tuhanku...
Jadikan aku setabah Nabi-Mu Yusuf...
Rela dipenjara daripada menikmati kebahagian dunia...
Penjarakan aku dalam penjara kesedihan-Mu Ya Tuhan...
andai itu buat aku lebih dekat dengan-Mu...

Pinjamkan aku sedikit kekuatan-Mu Ya Tuhan
Berikan aku sedikit ketenangan hati dari ketenangan Syurga-Mu
Tenteramkan jiwaku dengan takdir-Mu

Ya Tuhanku...
Biarkan dia terus berdiri atas egonya
kalau itu buat dia lebih bahagia...
Jangan ku buang egonya itu Ya Tuhan...aku tahu dia lebih gembira begitu...
Tapi aku mohon pada-Mu Ya Tuhan jangan biarkan air mataku menitis kerana egonya...
Tolong aku wahai Tuhanku...

Berapa lama lagi harus aku bertahan...
Keraskanlah hati aku wahai Tuhan
Suburkanlah rasa benci dalam jiwa ini
Biarkan ego membimbing dia...
Andai ego itu boleh mengajar dia erti kasih sayang...biarkanlah...

Tapi..tolong aku Tuhan
Jangan pernah biarkan air mataku menitis...
Egonya setegar karang...
Jadi...hatiku juga harus setegar egonya...

Friday, August 13, 2010

Maha Besar Allah

Hari ini yang cuacanya cerah dan terang tak semena-mena bertukar menjadi gelap.Guruh kedengaran di kejauhan. Tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat guruh berdentum...hujan memang tersangat lebat. Terima kasih Ya Tuhan kerana menurunkan hujanmu. Namun hati aku terdetik kenapa hujan sebegini lebat.
Sedang kami bersiap-siap menyediakan juadah untuk berbuka puasa, tiba-tiba emak aku mendapat panggilan mengatakan berlaku ribut taufan di bazar Ramadhan. Sebenarnya panggilan itu untuk ayah aku.
Bila ayah aku ke sana, dia kata tiada apa yang tinggal lagi. Semuanya musnah dipukul ribut. Aku ada seorang kawan yang ayahnya berniaga menjual pelbagai jenis air dan apam balik, ayah aku kata pakcik Asrizal punya tong-tong air semuanya dipukul ribut. Masyaallah...apakah yang sedang berlaku. Adakah Allah sedang memberi ujian di dalam bulan Ramadhan ni. Ayah aku kata lagi, ada 2 orang meninggal di tempat kejadian. Sayu hati aku mendengar. Pergi menghadap Allah pada hari Jumaat di dalam bulan Ramadhan. Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman.
Ayah aku kata lagi, para perniaga di situ memberitahu, angin yang datang bergulung-gulung menyapu habis semua gerai-gerai perniaga. Maha Besar Allah.

Ingatlah kawan-kawan Allah memberi kita rezeki, tapi dalam sekelip mata Allah boleh menarik balik semua rezeki yang telah Dia berikan. Bersyukur dengan apa yang ada. Namun jika Allah memberikan rezeki yang berlebihan jangan pula kita riak dan bangga diri. Apa yang berlaku mungkin adalah balasan daripada Allah atas dosa-dosa kita yang telah lalu.

Maka beringatlah, Allah memberi hukuman kepada kita tanpa perlu menunggu hari Akhirat tiba. Pada zaman sekarang ni segala hukuman di beri ketika kita masih di atas muka bumi ini...Wallahualam...


 Kalu anda boleh menonton video ini, saksikan lah kejadian tersebut

Burung yang Aneh

Ade sejenis burung di rumah aku ni, dia hanya akan berbunyi selepas pukul 6.30 pagi. Sebelum ni aku tak perasan pun. Mungkin sebab aku selalu bangun lambat kot. Tapi sejak semalam aku tak tidur selepas bersahur, dan baru aku perasan kehadiran burung ni. Dia mengeluarkan bunyi seperti satu irama. Seolah-olah sedang berkata sesuatu. Aku fikir dia hanya datang pagi semalam je. Tapi hari ni pun ada juga. Aku siap record kan bunyi burung tu masa aku dengar pertama kali. Sebab aku tak pernah degar bunyi burung macam tu.Tapi kalau aku upload kat sini pun tak boleh dengar sebab aku record guna handfon. Kalau nk dengar semula kena berada di tempat yang sunyi dan kene letak kan handfon tu betul-betul kat lubang telinga. Hehehe...
Tapi aku suka dengar bunyi burung ni. Macam nak kejutkan penghuni rumah ni bangun utuk solat subuh. Maha Besar Allah. Itulah ciptaan-Nya...
Dan aku tertanya-tanya adakah esok hari akan ada burung ni lagi..?? Hanya Allah sahaja yang mengetahui...

Kenangan Ramadhan

Puasa tahun ni macam lain sikit sebab aku berpuasa sepenuhnya di rumah dgn family. Sangat seronok. Lebih-lebih lagi berpuasa di rumah baru di tengah-tengah hutan Puasa kali ni juga agak berbeza dari puasa yang lepas-lepas sbb banyak perubahan dah berlaku. Pertama, puasa sebagai bukan seorang student dan puasa sebagai tunangan orang...Berbalik kepada tajuk notes ni "Kenangan Ramadhan" bermakna kite bukan nak cerita puasa di masa sekarang, tapi nk flashback balik kenangan bersahur bersama teman-teman ketika masih bergelar student. Paling tak boleh lupa kenangan bersahur di rumah sewa pertama bersama teman-teman serumah. Ketika itu aku masih menuntut di sebuah kolej di Kuantan Pahang. Setiap kali sampai waktu bersahur, aku lah orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengejutkan ahli-ahli rumah seramai 6 orang termasuk aku. Berbagai-bagai ragam tgk mereka ni nak bangun sahur. Aku terasa macam mereka ni la family aku, sewaktu berjauhan dengan mak dan ayah aku. Seronok bersahur bersama mereka. Bila watu berbuka hampir tiba, kami seisi rumah akan ke Bazar Ramadhan yg terletak di persimpangan jalan ke kolej kami. Agak jauh juga nak berjalan kaki. Tapi seronok. Bila sampai di rumah kami pun together-gether siapkan makanan kt depan tv. Sementara nak tunggu waktu berbuka kami melepak di depan tv beramai-ramai. Ada yang duduk di meja study.
Itu semua dah jadi kenangan yang tak akan aku lupakan smpai bila-bila. Dan hari ini aku tugas aku masih mengejutkan orang...hehehe...siapa lagi kalau bukan encik tunang aku tu Apa pun kenangan Ramadhan kita, ingatlah...lakukan ibadah puasa ni dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Semoga kita sentiasa di berkati oleh Allah s.w.t..amin..